Tuesday, 20 September 2011

Aktiviti yang Bakal Dilancarkan

Solat Hajat PMR dan SPM
23-26/9/2011

Majlis Restu Ilmu
30/9/2011

Majlis Hari Terbuka Aidilfitri dan Deepavali
1/10/2011

Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum
1/10/2011

Sunday, 18 September 2011

Hiburan Ketika Belajar

Kehidupan yang hanya berkisar pada buku teks dan kerja rumah memang membosankan. Pelajar yang cemerlang tidak sepatutnya menyempitkan hidupnya dengan dikelilingi oleh lambakan tugasan sekolah dan ulang kaji sahaja. Setiap orang perlu mencari sumber hiburan, termasuklah anda sebagai pelajar. Yang berikut ialah beberapa petua untuk menghiburkan diri sambil belajar.
  1. Menonton televisyen



2. Belajar daripada muzik



3. Bermain untuk berhibur


  

4. Selalu beriadah


  



5. Hiburan dunia luar

   

Friday, 16 September 2011

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.



Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.


Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Syarat Khusus

  • Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
  • Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya, sila melayari http://eputra.com/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-vokasional-2012/.

Selamat Hari Malaysia




Hari Malaysia merupakan hari yang amat bermakna kepada semua rakyat Malaysia. Ia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utata (kini Sabah), Sarawak dan Sinagpura bagi membentuk Malaysia.

Remaja yang merupakan bakal pemimpin bumi gemilang ini harus bersyukur atas kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini. Namun begitu, jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar untuk memajukan negara kita dengan belajar bersungguh-sungguh, membina jati diri yang kuat, dan menyumbangkan tenaga yang sepenuhnya kepada pembangunan negara. 

DISIPLIN, KUALITI, CEMERLANG

Marilah kita bersama-sama menuju ke arah kegemilangan ini!

Wednesday, 14 September 2011

Kemarahan

Apakah itu marah? 
• Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
• Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal 
• Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal

What is anger? 
Anger is a natural emotion that  is usually NEGATIVE
• Anger might come from anxiety, and then becomes violent and uncontrollable
• Anger is generally acceptable to society but not anger which is out of control

什么是愤怒?
•
愤怒是一种自然的情感,通常是负面的
•
愤怒可能从焦虑演变而来,并可能成为暴力和无法控制
•
普遍的愤怒社会可以接受,但绝对不是过分的愤怒噢!

ANGRY bird~ haha.
Apakah kebiasaan punca kemarahan? 

• Dicederakan 
• Ditipu 
• Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan 
• Terbiar tanpa diendahkan 
• Hilang upaya mengawal 
• Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan

What are the common causes of anger?
• injured
• cheated
• humiliated
• ignored
• loss of the capability to control something

什么是愤怒的常见原因?
•受伤
•
被骗
•
被耻辱
•
被忽略
•
失去控制能力
•压力和过度的要求

Argh! Naik angin!




Apakah kesan marah kepada anda?
  • Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri anda sendiri.  
  • Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata-mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda sendiri.  
  • Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan dengan jalinan perhubungan.  


What are the effects of anger?
  • Besides the safety, anger can also be dangerous to yourself.
  • Anger will lead you to act violently and on your own whim, and this would result in harm to the public, including yourself.
  • Suppressed anger will also invite problems, especially problems related to relationships.


生气的后果?
  • 除了安全,愤怒也为自己带来危险。
  • 愤怒会导致暴力行为和,仅此一点,这会导致危害公众,包括自己。
  • 被压制的愤怒还会制造问题,特别是涉及到关系的麻烦。
Kemarahaan boleh menyumbang kepada pergaduhan (perbuatan ganas).

Bagaimanakah cara untuk menenangkan diri anda?  
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda 
• Perlahankan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan 
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda 
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan 
kepada pemikiran positif dan membina 
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya 
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah 
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

How to calm down yourself?
• Extend and slow your breath
• Slow or stop the movement
• Relax your muscles
• Identify your negative and irrational thoughts, then try to think positively and constructively
• Identify the positive thoughts and focus on the positive thoughts
• be humourous
• switch yourself away from the environment and resources that contribute to your anger...

如何让自己平静?
•
延长并缓慢地呼吸
•
缓慢或停止行动
•
放松肌肉
•
考虑清楚你负面的想法,尝试转移角度来看待问题
•
确认和专注在积极的想法
•
幽默
•
离开让你感到生气的地方或来源

Bernafas panjang membantu meredakan kemarahan anda.


Semoga para pelajar boleh mengawal emosi masing-masing untuk menjadi pelajar yang ber-"Disiplin, Kualiti, Cemerlang"!

Tuesday, 13 September 2011

Tips Pemakanan yang Sihat sebelum Peperiksaan

Menyiapkan diri dari segi fizikal dan emosi amat penting dikala musim peperiksaan.  Namun, aspek pemakanan juga tidak harus dipandang ringan jika pelajar menghadapi peperiksaan yang lebih utama seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.



  • Makan makanan yang seimbang.  Jika peperiksaan tersebut diadakan pada sebelah pagi, maka janganlah lupa bersarapan.  Di dalam sarapan tersebut, hendaklah disertakan makanan yang mengandungi protein dan juga buah-buahan. Take a balanced diet. If the examination is held in the morning, so do not forget to have your breakfast. Yourhe breakfast shall include foods containing protein and fruits. 均衡饮食。如果考试是在上午举行,就不要忘记吃早餐。早餐应包括含蛋白质的食物和水果。



  • Ambil makanan yang kaya dengan protein seperti telur, kacang dan yogurt semasa sarapan dan makan tengahari.  Makanan yang diambil ini mampu memberikan khasiat yang yang berpanjangan. Consume a diet rich in protein such as eggs, beans and yogurt for breakfast and lunch. Food intake is able to provide long-lasting nourishment. 消费的早餐和午餐需含有丰富的蛋白质,如鸡蛋,豆类和酸奶。食物的摄入量是提供长期持久的滋养能力。


  • Ambil sarapan yang ringan.  Jika anda makan secara berlebihan atau mengambil makanan yang berat, dikhuatiri anda akan mengantuk. Take a light breakfast. If you are overeating or eating a heavy, youare feared to be sleepy. 早餐要清淡。如果你暴饮暴食或者吃的太多,你会感到昏昏欲睡。

  • Elakkan dari mengambil kafein sebagai ganti untuk sarapan. Avoid taking caffeine as a substitute for breakfast. 避免服用咖啡因替代早餐。

  • Amalkan pengambilan multivitamin setiap hari.  Vitamin B dan Omega 3 adalah baik untuk otak. Maintain a daily multivitamin intake. B vitamins and Omega 3 is good for the brain. 保持每天维生素的摄入量。 B族维生素和Omega3是大脑有帮助。

  • Minum air secukupnya.  Badan akan menjadi lesu sekiranya anda kekurangan air dan ini boleh menyebabkan anda hilang fokus semasa peperiksaan. Drink enough water. Body will be lethargic if you're short of water and can cause you to lose focus during the examination. 喝足够的水。如果你缺水,身体会昏昏欲睡,这会影响你考试时的专注力。


(Maklumat diperoleh daripada  http://www.abangisaifuddin.com/2011/03/tips-pemakanan-yang-sempurna-sebelum.html.)
Terima kasih diucapkan kepada pihak yang menyumbangkan maklumat-maklumat ini.

Sunday, 11 September 2011

Gengsterisme


Apakah itu "gengsterisme"?
"Gengsterisme" ialah kelakuan yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan secara berkumpulan.

Apakah jenis aktiviti yang selalunya melibatkan 'gengster'?

  • Mempamerkan tingkah laku yang agresif
  • Merompak
  • Menyeluk poket
  • Terlibat dalam lumba haram
  • Mencuri kereta
  • Mengedar dadah
  • Minum arak
  • Terlibat dalam seks rambang
  • Mengugut peniaga-peniaga kecil untuk memberi wang perlindungan bagi menjamin keselamatan mereka
Apakah punca seseorang itu menjadi 'gengster'?
Beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menjadi 'gengster' adalah:
  • Latar belakang keluarga yang serba kekurangan
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh media
  • Personaliti diri
  • "Esteem" kendiri yang rendah

Apakah yang akan terjadi kepada remaja yang menjadi seorang 'gengster'?
Remaja berkenaan akan:
  • Dikenakan tindakan disiplin
  • Mendapat laporan buruk daripada pihak sekolah
  • Dibuang sekolah
  • Tidak mempunyai ramai kawan dan hanya dihormati oleh ahli kumpulan gengsternya sahaja
  • Sentiasa takut akan ditangkap oleh pihak berkuasa

Bolehkah saya keluar dari situasi ini setelah terlibat dalam Gengsterisme?

Ya, anda boleh. 
Anda seharusnya:
  • Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan dan bermain muzik
  • Menanam minat dalam beberapa hobi seperti membaca, bermain badminton dan lain-lain
  • Salurkan rasa marah anda pada sesuatu yang berfaedah seperti: Kelab Tinju, Tekwando, menyanyi dan bersukan
  • Katakan "tidak" pada sikap yang negatif
Seandainya masalah 'gengster' anda sudah menjadi terlalu serius:
  • Dapatkan nasihat dan bimbingan dari ahli keluarga anda yang rapat
  • Dapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi
Sesi kaunseling (individu atau kelompok dan pembimbing rakan sebaya) adalah aspek penting dalam rawatan.

UBK SMK Taman Desa 2 sentiasa bersedia untuk membantu anda ^.^