Wednesday, 14 September 2011

Kemarahan

Apakah itu marah? 
• Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
• Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal 
• Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal

What is anger? 
Anger is a natural emotion that  is usually NEGATIVE
• Anger might come from anxiety, and then becomes violent and uncontrollable
• Anger is generally acceptable to society but not anger which is out of control

什么是愤怒?
愤怒是一种自然的情感,通常是负面的
愤怒可能从焦虑演变而来,并可能成为暴力和无法控制
普遍的愤怒社会可以接受,但绝对不是过分的愤怒噢!

ANGRY bird~ haha.
Apakah kebiasaan punca kemarahan? 

• Dicederakan 
• Ditipu 
• Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan 
• Terbiar tanpa diendahkan 
• Hilang upaya mengawal 
• Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan

What are the common causes of anger?
• injured
• cheated
• humiliated
• ignored
• loss of the capability to control something

什么是愤怒的常见原因?
受伤
被骗
被耻辱
被忽略
失去控制能力
压力和过度的要求

Argh! Naik angin!




Apakah kesan marah kepada anda?
  • Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri anda sendiri.  
  • Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata-mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda sendiri.  
  • Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan dengan jalinan perhubungan.  


What are the effects of anger?
  • Besides the safety, anger can also be dangerous to yourself.
  • Anger will lead you to act violently and on your own whim, and this would result in harm to the public, including yourself.
  • Suppressed anger will also invite problems, especially problems related to relationships.


生气的后果?
  • 除了安全,愤怒也为自己带来危险。
  • 愤怒会导致暴力行为和,仅此一点,这会导致危害公众,包括自己。
  • 被压制的愤怒还会制造问题,特别是涉及到关系的麻烦。
Kemarahaan boleh menyumbang kepada pergaduhan (perbuatan ganas).

Bagaimanakah cara untuk menenangkan diri anda?  
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda 
• Perlahankan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan 
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda 
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan 
kepada pemikiran positif dan membina 
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya 
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah 
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

How to calm down yourself?
• Extend and slow your breath
• Slow or stop the movement
• Relax your muscles
• Identify your negative and irrational thoughts, then try to think positively and constructively
• Identify the positive thoughts and focus on the positive thoughts
• be humourous
• switch yourself away from the environment and resources that contribute to your anger...

如何让自己平静?
延长并缓慢地呼吸
缓慢或停止行动
放松肌肉
考虑清楚你负面的想法,尝试转移角度来看待问题
确认和专注在积极的想法
幽默
离开让你感到生气的地方或来源

Bernafas panjang membantu meredakan kemarahan anda.


Semoga para pelajar boleh mengawal emosi masing-masing untuk menjadi pelajar yang ber-"Disiplin, Kualiti, Cemerlang"!

7 comments:

  1. Anybody can become angry - that is easy, but to be angry with the right person and to the right degree and at the right time and for the right purpose, and in the right way - that is not within everybody's power and is not easy. Therefore, care should be in heart not in words, but anger should be in words not in heart...

    ReplyDelete
  2. aaron: semua orang mempunyai emosi marah,tetapi semua orang boleh mengawal emosinya dan melepaskan marahnya dengan cara yanglebih baik dan tidak menyakitkan hati orang lain, seperti tarikh nafas, minum air perlahan-lahan, menjauhi diri dari orang ramai untuk seketika dan sebagainya. Setuju tak?

    ReplyDelete
  3. Saya setuju.. Saya setuju juga yang cara-cara yang ubksmktd2 nasihatkan adalah cara yang betul untuk melepaskan marah.. Tetapi jikalau setiap kali kita melepaskan marah melalui cara-cara begitu, bukankah lebih baik yang kita cuba memberitahu mahupun menegur kesalahan orang itu dengan nada yang baik supaya orang itu memikir akan kesalahannya dan beliau sendiri akan mengambil tindakan supaya tidak sesekali mengulangi lagi? Ini hanyalah pendapat saya.. sekiranya pendapat saya ini adalah salah... Jangan malu untuk betulkan kesalahan saya ini :) ^^

    ReplyDelete
  4. Wahana yang dicadangkan oleh Aaron juga boleh diambil. Memang sewajarnya kita sebagai rakan sebaya menasihati dan memberi komen kepada rakan kita yang marah supaya dia betul-betul sedar akan apa yang telah berlaku. Dengan itu, barulah kemarahannya akan reda dan dia akan menjadi gembira semula. TQ Aaron :)

    ReplyDelete
  5. You're most welcome ubksmktd2 ^.^

    ReplyDelete
  6. post ni mmg bermakna n berguna! sy jg berpendapat bhw stp anak perlu diterapkan nilai-nilai sabar dan toleransi sjk keci lg~ melentur buluh biarlah dr rebungnya!! XD

    ReplyDelete
  7. Betul kata-kata adik Yi Xin. Terima kasih atas cadangan anda yang amat berinti itu. Usaha mendidik anak-anak sememangnya harus dimulakan di institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan yang besar dalam hal ini. Guru-guru juga harus prihatin dalam perkembangan emosi anak-anak didik. ^^

    ReplyDelete