Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sunday, 18 September 2011

Hiburan Ketika Belajar

Kehidupan yang hanya berkisar pada buku teks dan kerja rumah memang membosankan. Pelajar yang cemerlang tidak sepatutnya menyempitkan hidupnya dengan dikelilingi oleh lambakan tugasan sekolah dan ulang kaji sahaja. Setiap orang perlu mencari sumber hiburan, termasuklah anda sebagai pelajar. Yang berikut ialah beberapa petua untuk menghiburkan diri sambil belajar.
  1. Menonton televisyen



2. Belajar daripada muzik



3. Bermain untuk berhibur


  

4. Selalu beriadah


  



5. Hiburan dunia luar

   

Friday, 16 September 2011

Selamat Hari Malaysia




Hari Malaysia merupakan hari yang amat bermakna kepada semua rakyat Malaysia. Ia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utata (kini Sabah), Sarawak dan Sinagpura bagi membentuk Malaysia.

Remaja yang merupakan bakal pemimpin bumi gemilang ini harus bersyukur atas kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini. Namun begitu, jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar untuk memajukan negara kita dengan belajar bersungguh-sungguh, membina jati diri yang kuat, dan menyumbangkan tenaga yang sepenuhnya kepada pembangunan negara. 

DISIPLIN, KUALITI, CEMERLANG

Marilah kita bersama-sama menuju ke arah kegemilangan ini!

Thursday, 8 September 2011

Kita Perlu Berubah

Kita harus berubah untuk menjadi insan yang lebih baik.
We have to change ourselves to be better people.




"Berubah.
Ramai manusia yang mahukan perubahan. Berubah ke arah kebaikan mahupun berubah ke arah kejahatan. Anda pilih. Namun saya percaya, orang yang normal pemikirannya akan berfikir dan mahu berubah ke arah kebaikan demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidupnya.
Dalam melangkah melimpasi pintu perubahan, tidak semua berjaya melakukannya. Ada yang berjaya, dan ada pula yang kecundang ditengah jalan lalu berpatah kembali melimpasi pintu perubahan untuk kembali ke jalan lama.

Bukan mudah seseorang meninggalkan tabiat lamanya demi melakukan perubahan. Pelbagai kesakitan yang akan dirasai lebih-lebih lagi kesakitan mental, jiwa dan perasaan."                                                         





Namun begitu, guru-guru kaunseling dan para PRS Sekolah Menengah Kebangasaan Taman Desa 2 selalu bersedia untuk membantu anda.

"BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG" inilah cogan kata PRS SMK TD2.

Kami amat yakin bahawa anda mempunyai keinginan untuk dihormati mahupun dimuliakan oleh orang di sekeliling anda, betul tak? :)

Ahli falsafah Cina pernah mengatakan bahawa "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." Oleh itu, marilah kita  bersama-sama melangkahkan tapak yang pertama untuk berubah!