Thursday, 8 September 2011

Kita Perlu Berubah

Kita harus berubah untuk menjadi insan yang lebih baik.
We have to change ourselves to be better people.




"Berubah.
Ramai manusia yang mahukan perubahan. Berubah ke arah kebaikan mahupun berubah ke arah kejahatan. Anda pilih. Namun saya percaya, orang yang normal pemikirannya akan berfikir dan mahu berubah ke arah kebaikan demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidupnya.
Dalam melangkah melimpasi pintu perubahan, tidak semua berjaya melakukannya. Ada yang berjaya, dan ada pula yang kecundang ditengah jalan lalu berpatah kembali melimpasi pintu perubahan untuk kembali ke jalan lama.

Bukan mudah seseorang meninggalkan tabiat lamanya demi melakukan perubahan. Pelbagai kesakitan yang akan dirasai lebih-lebih lagi kesakitan mental, jiwa dan perasaan."                                                         





Namun begitu, guru-guru kaunseling dan para PRS Sekolah Menengah Kebangasaan Taman Desa 2 selalu bersedia untuk membantu anda.

"BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG" inilah cogan kata PRS SMK TD2.

Kami amat yakin bahawa anda mempunyai keinginan untuk dihormati mahupun dimuliakan oleh orang di sekeliling anda, betul tak? :)

Ahli falsafah Cina pernah mengatakan bahawa "Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." Oleh itu, marilah kita  bersama-sama melangkahkan tapak yang pertama untuk berubah!




4 comments:

  1. jika anda ingin berubah, impian akan tercapai!

    ReplyDelete
  2. "Berubah" sememangnya amat senang diperkatakan tetapi hanya anda/diri seseorang itu sedar betapa susahnya untuk dicapai. Lagipun, jikalau seseorang itu ingin berubah tetapi tiada nekad untuk berbuat sedemikian, bukankah "berubah" itu sekadar sepatah perkataan sahaja? Tiada maknanya! Socrates; ahli falsafah Barat pernah berkata, "No one will change for the better until he/she sees the need for it." Ingat, "action speaks louder than words." Semoga Berjaya ^^

    ReplyDelete
  3. Kata-kata Aaron Wong memang betul. Kalau ingin berubah, seseorang itu harus mempunyai tekad dan kegigihan yang tidak dapat ditewaskan oleh anasir-anasir negatif. Selain itu, inilah sebabnya Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) ditubuhkan - menguatkan semangat pelajar untuk membuat perubahan (dalam segi mental/akademik dan sebagainya). Oleh itu,pelajar-pelajar dialu-alukan untuk mendapatkan nasihat daripada guru kaunseling dan prs SMK TD2 tanpa rasa malu :)

    ReplyDelete
  4. We must know why we do, what we do to change. Else, we may fall prey to doing for the sake of doing. Change i snot about the 'ME', rather it is about the 'US'. We can choose to remain the same and simply say we are the way we are much like Lady Gaga's song "Born This Way". Or we can each do the 60's who made many great songs including one which titled "I Feel A Change Comin' On."

    ReplyDelete