Showing posts with label Sahsiah. Show all posts
Showing posts with label Sahsiah. Show all posts

Friday, 23 September 2011

Salah Laku Ponteng

Seseorang murid dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab pada hari persekolahan
如果学生无故缺席,将被认为逃课
A student is considered play truant if he/she doesn’t attend to school without any reason

Jenis Ponteng

Ponteng kelas
  1. Ponteng sekolah 
  2. Ponteng kelas
  3. Ponteng perhimpunan
  4. Ponteng ujian
  5. Ponteng peperiksaan
  6. Ponteng asrama
  7. Ponteng aktiviti kokurikulum
Kesan Ponteng
- Hilang keyakinan untuk terus cemerlang
- Sukar menguasai pelajaran
- Keciciran dalam pelajaran
- Gagal dalam peperiksaan
- Terjebak dalam pelbagai gejala sosial
- Mengecewakan harapan keluarga
- Tidak berpeluang mendapat kerjaya yang baik kelak

Cara Menghindari Ponteng
  1. Tanamkan rasa sayang terhadap sekolah anda
  2. Bergiat dalam aktiviti sekolah
  3. Memanfaatkan kemudahan sekolah (pusat sumber, padang dan sebagainya)
  4. Melakukan perkara yang disukai guru
  5. Bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak baik
Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan.
Semoga semua pelajar dapat menghindari salah laku ponteng demi masa depan anda!

Sunday, 11 September 2011

Gengsterisme


Apakah itu "gengsterisme"?
"Gengsterisme" ialah kelakuan yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan secara berkumpulan.

Apakah jenis aktiviti yang selalunya melibatkan 'gengster'?

  • Mempamerkan tingkah laku yang agresif
  • Merompak
  • Menyeluk poket
  • Terlibat dalam lumba haram
  • Mencuri kereta
  • Mengedar dadah
  • Minum arak
  • Terlibat dalam seks rambang
  • Mengugut peniaga-peniaga kecil untuk memberi wang perlindungan bagi menjamin keselamatan mereka
Apakah punca seseorang itu menjadi 'gengster'?
Beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menjadi 'gengster' adalah:
  • Latar belakang keluarga yang serba kekurangan
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh media
  • Personaliti diri
  • "Esteem" kendiri yang rendah

Apakah yang akan terjadi kepada remaja yang menjadi seorang 'gengster'?
Remaja berkenaan akan:
  • Dikenakan tindakan disiplin
  • Mendapat laporan buruk daripada pihak sekolah
  • Dibuang sekolah
  • Tidak mempunyai ramai kawan dan hanya dihormati oleh ahli kumpulan gengsternya sahaja
  • Sentiasa takut akan ditangkap oleh pihak berkuasa

Bolehkah saya keluar dari situasi ini setelah terlibat dalam Gengsterisme?

Ya, anda boleh. 
Anda seharusnya:
  • Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan dan bermain muzik
  • Menanam minat dalam beberapa hobi seperti membaca, bermain badminton dan lain-lain
  • Salurkan rasa marah anda pada sesuatu yang berfaedah seperti: Kelab Tinju, Tekwando, menyanyi dan bersukan
  • Katakan "tidak" pada sikap yang negatif
Seandainya masalah 'gengster' anda sudah menjadi terlalu serius:
  • Dapatkan nasihat dan bimbingan dari ahli keluarga anda yang rapat
  • Dapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi
Sesi kaunseling (individu atau kelompok dan pembimbing rakan sebaya) adalah aspek penting dalam rawatan.

UBK SMK Taman Desa 2 sentiasa bersedia untuk membantu anda ^.^

Friday, 9 September 2011

Boleh Percaya dengan Perwatakan Masa Sedang Bercinta?

Percintaan di alam persekolahan memang sukar dielakkan. Hal ini demikian kerana remaja suka mendapatkan perhatian daripada orang lain, mungkin orang yang berlainan seks ---> bunga cinta mula bermekar.


Namun, tahukah anda bahawa mengikut statistik yang dijalankan, percintaan (ataupun dikenali sebagai cinta monyet) ini 95% tidak akan kekal abadi? Telitilah dialog di bawah.


 (Gambar-gambar dipetik daripada http://syariat-kasih.blogspot.com/2011/08/bosan-entry-cinta-hipokrit.html)

  1. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Pada kebiasaannya, masa bercinta ialah alam lakonan semata-mata.
  2. Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepuraan.
  3. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Namun begitu, jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk.
  4. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dengan bumi, bukan??
  5. Masa bercinta, dia seorang yangamat sabar menunggu pasangan. Terlambat berjam-jam, sabar. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit dah kena dengking!
  6. Jadi perwatakan masa bercinta tidak boleh dipercayai.
  7. Percintaan ialah sesuatu kepuraan yang hipokrit.
Hanya semasa anda menuntut di menara gading/bekerja, barulah anda betul-betul memahami siapa yang memang setia dan baik untuk menemani anda meneruskan perjalanan hidup :) 


  1.  他们将以最佳角色呈现最好的一面。爱,温柔,大方,等等。通常情况下,谈恋爱只不过是一场戏。
  2. 充满谈恋爱的都是虚伪捏造的戏剧情节。
  3. 谈恋爱时,当你埋怨他会说服,安慰你。但是结婚后,你埋怨时,不要期望他会前来说服,安慰你。
  4. 许多人对自己当初被异性的性格吸引而感到失望。他的之前和之后的态度行为天渊之别的。
  5. 谈恋爱时,他可以是非常有耐心地等待你。迟到几个小时,忍。但是当你结婚后,要他等5分钟,等着被叱喝吧!
  6. 所以说,爱情是不可信任的。
爱情是虚伪的矫饰的东西。只有等到你上了大学/学院/工作时,你才真真的明白自己需要怎样的伴侣陪你继续度过人生。:)