Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Wednesday, 30 November 2011

Perjumpaan PRS - Orientasi Tingkatan 1 (2012)

Perjumpaan PRS akan diadakan.

Persiapan Orientasi Tingkatan 1 Tahun 2012
 Tarikh: 15 Disember 2011 
 Hari: Khamis 
 Tempat: Bilik Kaunseling 
 Masa: 8 am - 12 pm 

Semua PRS dialu-alukan untuk menjadi fesilitator (fesi) demi menjayakan program ini ^^


Melalui penglibatan diri sebagai fesilitator (fesi) orientasi ini, anda berpeluang untuk mengasah bakat diri anda untuk menjadi seorang pemimpin yang berwawasan malah dapat bergaul dengan adik-adik Tingkatan 1. 


Oleh itu, jangan terlepas peluang keemasan ini yang mampu mewarnai kehidupan anda!

Wednesday, 9 November 2011

Selamat Menduduki SPM

Di mana ada kemahuan,
      Di situ ada jalan.

Usaha yang membebankan anda pada masa ini pasti akan membuahkan hasil yang melegakan anda pada masa depan. Teruskanlah perjuangan anda hingga titisan yang terakhir ! 

^^ Selamat menduduki peperiksaan SPM 2011 ^^


Friday, 21 October 2011

Selamat Menyambut Hari Deepavali

Deepavali merupakan perayaan yang diraikan masyarakat India beragama Hindu. Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.

Di sini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Desa 2 ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT
HARI DEEPAVALI
&
SELAMAT BERCUTI

kepada semua pelajar termasuk yang bukan beragama Hindu.



Tuesday, 4 October 2011

Selamat Menduduki PMR


Semoga semua pelajar tingkatan 3 SMK Taman Desa 2 dapat membuat yang terbaik demi masa depan masing-masing. Semua warga  sekolah sentiasa medoakan kejayaan anda. ^^ 
Anda mampu melakukannya!

Good luck to all the form 3 students! Do your best in PMR for your future. We will always pray for you. 
All The Best!

祝所有的中三学生考试顺利。
加油噢!我们时时刻刻都为你们献上真诚的祝福。
你们行的!