Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Friday, 16 September 2011

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.



Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.


Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Syarat Khusus

  • Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
  • Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya, sila melayari http://eputra.com/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-vokasional-2012/.

Sunday, 11 September 2011

The Star SPM Workshops 2011

Yang berikut ialah informasi yang selanjutnya berkaitan dengan Bengkel SPM:



Image yang berikut ialah borang penyertaan bengkel SPM: 


Pelajar yang ingin menghadiri bengkel ini boleh klik pada borang penyertaan di atas, lalu 'right-click' dan klik 'copy', akhirnya 'paste' pada Microsoft Office Word.
(Gambar-gambar di atas adalah disunting daripada The Star Daily Newspaper)

Bengkel ini bukan sahaja dibuka kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM, pelajar tingkatan 4 juga dialu-alukan.

Bengkel ini banyak mendatangkan faedah kepada pelajar menengah tinggi kerana tips-tips peperiksaan akan disampaikan supaya pelajar boleh skor peperiksaan dengan lebih mudah.

Pelajar yang ingin menghadiri bengkel ini boleh klik pada borang penyertaan di atas, lalu 'right-click' dan klik 'copy', akhirnya 'paste' pada Microsoft Office Word.

Harap pelajar SMK Taman Desa 2 boleh menghadiri bengkel ini demi mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya membanggakan sekolah ini.

Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) SMK TD2 mendoakan semua pelajar yang bakal menduduki SPM dan PMR mencapai kecemerlangan yang diharapkan!