Sunday, 11 September 2011

Gengsterisme


Apakah itu "gengsterisme"?
"Gengsterisme" ialah kelakuan yang memusnahkan/merosakkan yang dilakukan secara berkumpulan.

Apakah jenis aktiviti yang selalunya melibatkan 'gengster'?

  • Mempamerkan tingkah laku yang agresif
  • Merompak
  • Menyeluk poket
  • Terlibat dalam lumba haram
  • Mencuri kereta
  • Mengedar dadah
  • Minum arak
  • Terlibat dalam seks rambang
  • Mengugut peniaga-peniaga kecil untuk memberi wang perlindungan bagi menjamin keselamatan mereka
Apakah punca seseorang itu menjadi 'gengster'?
Beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menjadi 'gengster' adalah:
  • Latar belakang keluarga yang serba kekurangan
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh media
  • Personaliti diri
  • "Esteem" kendiri yang rendah

Apakah yang akan terjadi kepada remaja yang menjadi seorang 'gengster'?
Remaja berkenaan akan:
  • Dikenakan tindakan disiplin
  • Mendapat laporan buruk daripada pihak sekolah
  • Dibuang sekolah
  • Tidak mempunyai ramai kawan dan hanya dihormati oleh ahli kumpulan gengsternya sahaja
  • Sentiasa takut akan ditangkap oleh pihak berkuasa

Bolehkah saya keluar dari situasi ini setelah terlibat dalam Gengsterisme?

Ya, anda boleh. 
Anda seharusnya:
  • Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sihat seperti bersukan dan bermain muzik
  • Menanam minat dalam beberapa hobi seperti membaca, bermain badminton dan lain-lain
  • Salurkan rasa marah anda pada sesuatu yang berfaedah seperti: Kelab Tinju, Tekwando, menyanyi dan bersukan
  • Katakan "tidak" pada sikap yang negatif
Seandainya masalah 'gengster' anda sudah menjadi terlalu serius:
  • Dapatkan nasihat dan bimbingan dari ahli keluarga anda yang rapat
  • Dapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi
Sesi kaunseling (individu atau kelompok dan pembimbing rakan sebaya) adalah aspek penting dalam rawatan.

UBK SMK Taman Desa 2 sentiasa bersedia untuk membantu anda ^.^

No comments:

Post a Comment