Wednesday, 21 September 2011

Pertandingan Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Kaunselor Muda)

Hai, kawan-kawan, Pertandingan Merekayaksa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telahpun bermula.
Acara pada hari adalah Kaunselor Muda. SMKTD2 juga menghantar seorang PRS untuk menyertai pertandingan tersebut.
Lebih kurang 20 buah sekolah telah menghantar wakil. Semuanya hebat-hebat belaka. Wakil sekolah kami, Khoo Huan Jane juga tidak kurang hebatnya. Tajuk persembahannya ialah Asas-asas Komunikasi. Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau akan mara ke peringkat akhir pertandingan!
Esok, 22/9/2011, semua kategori akan dipertandingkan, antaranya termasuk kaunselor muda peringkat akhir, pembinaan blog, pembinaan facebook, bilik kaunseling dan video korporat. Sekolah kita terlibat dengan pembinaan blog. Harap-harap dapat memenangi hadiah. Kalau tak menang pun tak apa, yang penting, kami telah berjaya membina blog ini dan mengambil bahagian, betul tak?
          Handsome tak si abang ini? Persembahannya amat menarik.
     Apakah yang Huan Jane fikirkan? Nampaknya serious sekali!
      Persembahan PRS sekolah lain memang hebatkan?
    Ini pula giliran Huan Jane : Asas -asas Komunikasi
   Isyarat badan adalah penting dalam menyampai mesej, ok?

5 comments:

  1. Good luck to ubksmktd2 ^.^ Harap-harap ubksmktd2 memenangi hadiah pertama... =D Dan semoga berjaya juga kepada Huan Jane dan peserta-peserta lain yang mewakili SMK TD2 =) Nothing is impossible.. The word itself said "I'm Possible" =D

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas sokongan anda, Aaron [: kami akan cuba sedaya upaya untuk mengharumkan nama sekolah SMK Taman Desa 2.

    ReplyDelete
  3. saya jg mendoakan kejayaan UBK SMKTD2! gambateh! add oil!

    ReplyDelete
  4. dengan kecewanya, saya ingin memaklumkan bahawa, saya tidak terpilih ke final round. tapi takpe la, saya sudah puas hati sebab ini merupakan kali pertama saya take part dalam pertandingan sebegini. juga berharap pengalaman ini dapat menambah lagi confident saya pada masa depan lagi. terima kasih kerana menyokong ye! thank u puan tai!! =) thank u my friends, and my family too! i love you all

    ReplyDelete