Monday, 19 December 2011

The Star Education Fair 2012

Malaysia's largest education fair is back!
Pameran Pendidikan yang terbesar di Malaysia kembali!

The Star Education Fair 2012, the country's premier education fair, will return in 2012 for the 24th consecutive year.
Pameran Pendidikan anjuran akhbar harian The Star, pameran pendidikan yang paling utama di Malaysia akan kembali pada tahun 2012 untuk anjuran kali ke-24.

Kuala Lumpur
Date: 7th & 8th January 2012 (Sat & Sun)
Time: 11am - 7pm
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)


Penang
Date: 24th & 25th March 2012 (Sat & Sun)
Time: 11am - 7pm
Venue: Penang International Sports Arena (PISA)

Find out more by logging on to http://thestar.com.my/education/edufair/.
Untuk maklumat yang selanjutnya, sila melayari http://thestar.com.my/education/edufair/.

For those who are interested in being given more tertiary education options are welcome. Thank you.
Pelajar yang berminat untuk mendapat pilihan pendidikan yang lebih  luas amat dialu-alukan untuk menghadiri pameran ini. Terima kasih.

Friday, 16 December 2011

Education & Further Studies Fair - Series 34

EDUCATION & FURTHER STUDIES FAIR – SERIES 34, opens to the public on December 17 & 18, 2011 (Saturday & Sunday) at the Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur (Halls 1, 2 & Atrium) from 11am to 6pm daily (Admission Free).
Pameran Pendidikan dan Pelanjutan Pelajaran kali ke-34, akan dibuka kepada orang ramai pada 17 & 18 Disember 2011 (Sabtu & Ahad) di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur (Dewan 1,2 & Atrium) dari pukul 11 pagi hingga 6 petang (yuran kemasukan adalah percuma).




This Fair will provide all the answers to your queries on the best colleges and universities, courses, scholarships and career possibilities.
Pameran ini akan membekalkan jawapan untuk segala pertanyaan anda tentang kolej dan universiti, kursus, biasiswa dan kerjaya yang terbaik untuk anda.

Untuk maklumat yang selanjutnya, sila layari http://www.doctorjob.com.my/events/education-further-studies-fair-2011.

The Fair, would be of interest to the SPM / STPM school leavers, parents, teachers, university students, working adults, members of the industry and the general public seeking higher education opportunities.
Pelajar menengah atas amat digalakkan untuk melawat ke Pameran Pendidikan dan Pelanjutan Pelajaran yang diadakan setiap tahun supaya pelajar didedahkan kepada pilihan pendidikan lanjut yang lebih luas. 

Thank you. 
Terima kasih.

Wednesday, 30 November 2011

Perjumpaan PRS - Orientasi Tingkatan 1 (2012)

Perjumpaan PRS akan diadakan.

Persiapan Orientasi Tingkatan 1 Tahun 2012
 Tarikh: 15 Disember 2011 
 Hari: Khamis 
 Tempat: Bilik Kaunseling 
 Masa: 8 am - 12 pm 

Semua PRS dialu-alukan untuk menjadi fesilitator (fesi) demi menjayakan program ini ^^


Melalui penglibatan diri sebagai fesilitator (fesi) orientasi ini, anda berpeluang untuk mengasah bakat diri anda untuk menjadi seorang pemimpin yang berwawasan malah dapat bergaul dengan adik-adik Tingkatan 1. 


Oleh itu, jangan terlepas peluang keemasan ini yang mampu mewarnai kehidupan anda!

Wednesday, 9 November 2011

Selamat Menduduki SPM

Di mana ada kemahuan,
      Di situ ada jalan.

Usaha yang membebankan anda pada masa ini pasti akan membuahkan hasil yang melegakan anda pada masa depan. Teruskanlah perjuangan anda hingga titisan yang terakhir ! 

^^ Selamat menduduki peperiksaan SPM 2011 ^^


Sunday, 23 October 2011

Jamuan PRS 2011

Jamuan PRS 2011

Tarikh: 23-10-2011 (Ahad)
Tempat: Pizza Hut, Rawang
Masa: 11.30 pagi
















~Terima kasih atas kehadiran anda!~ 

Friday, 21 October 2011

Selamat Menyambut Hari Deepavali

Deepavali merupakan perayaan yang diraikan masyarakat India beragama Hindu. Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.

Di sini, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Desa 2 ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT
HARI DEEPAVALI
&
SELAMAT BERCUTI

kepada semua pelajar termasuk yang bukan beragama Hindu.



Tuesday, 4 October 2011

Selamat Menduduki PMR


Semoga semua pelajar tingkatan 3 SMK Taman Desa 2 dapat membuat yang terbaik demi masa depan masing-masing. Semua warga  sekolah sentiasa medoakan kejayaan anda. ^^ 
Anda mampu melakukannya!

Good luck to all the form 3 students! Do your best in PMR for your future. We will always pray for you. 
All The Best!

祝所有的中三学生考试顺利。
加油噢!我们时时刻刻都为你们献上真诚的祝福。
你们行的!



Monday, 26 September 2011

Remaja & HIV/AIDS

APAKAH 'HIV'? What is 'HIV'? 什么是“HIV”?
“Human Immunodeficiency Virus” ialah sejenis virus yang melemahkan system pertahanan badan untuk melawan penyakit. "Human Immunodeficiency Virus" is a virus that weakens the immune system to fight diseases. "人类免疫缺陷病毒”是一种会削弱免疫系统的病毒。

APAKAH 'AIDS'? What is 'AIDS'? 什么是“AIDS
“Acquired Immunodeficiency Syndrome” atau penyakit yang dihidapi apabila virus HIV melamahkan system pertahanan badan melawan penyakit. Sistem pertahanan badan yang lemah mungkin akan menyebabkan penyakit yang serius dan akibatnya ialah kematian. "Acquired Immunodeficiency Syndrome" or the disease that infects a person when the HIV virus weakens the immune system to fight disease. A weak immune system may cause serious illness and its consequence is death. "免疫缺陷综合症”是当艾滋病毒削弱免疫系统的疾病。一个软弱的免疫系统可能会导致严重的疾病,其后果是死亡。

FAKTOR RISIKO REMAJA?



JADILAH REMAJA YANG BIJAK!


Bertindaklah Dengan Bijak.
Masa depan terletak di tangan anda.



Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

  • Klinik kesihatan berdekatan anda
  • Kelab PROSTAR daerah
  • Kelab PROSTAR negeri
  • Pusat khidmat PROSTAR

Friday, 23 September 2011

Salah Laku Ponteng

Seseorang murid dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab pada hari persekolahan
如果学生无故缺席,将被认为逃课
A student is considered play truant if he/she doesn’t attend to school without any reason

Jenis Ponteng

Ponteng kelas
  1. Ponteng sekolah 
  2. Ponteng kelas
  3. Ponteng perhimpunan
  4. Ponteng ujian
  5. Ponteng peperiksaan
  6. Ponteng asrama
  7. Ponteng aktiviti kokurikulum
Kesan Ponteng
- Hilang keyakinan untuk terus cemerlang
- Sukar menguasai pelajaran
- Keciciran dalam pelajaran
- Gagal dalam peperiksaan
- Terjebak dalam pelbagai gejala sosial
- Mengecewakan harapan keluarga
- Tidak berpeluang mendapat kerjaya yang baik kelak

Cara Menghindari Ponteng
  1. Tanamkan rasa sayang terhadap sekolah anda
  2. Bergiat dalam aktiviti sekolah
  3. Memanfaatkan kemudahan sekolah (pusat sumber, padang dan sebagainya)
  4. Melakukan perkara yang disukai guru
  5. Bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak baik
Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan.
Semoga semua pelajar dapat menghindari salah laku ponteng demi masa depan anda!

Wednesday, 21 September 2011

Pertandingan Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Blog UBK)

Apa khabar? Awal pagi lagi, kami telah bertolak ke SM Vokasional Sg. Buloh untuk menyertai Pertandingan Merekayaksa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang diteruskan. Hari ini, pertandingan yang kami ambil bahagian ialah pertandingan Blog Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK). Wakil guru, Puan Tai Yun Thai bersama wakil PRS, How Yi Xin bersama-sama mempersembahkan blog ini :]

Peserta mempersembahkan blog beliau.


Puan Tai Yun Thai yang ayu dengan Puan Hing dari SMK Seri Selayang.


How Yi Xin, wakil SMK TD2.

Walaupun kami tidak mendapat sebarang hadiah dalam pertandingan ini, tapi bagi kami, sokongan anda semua merupakan hadiah dan pengiktirafan yang terbaik dan terunggul. Hal ini dikatakan demikian kerana hasrat kami menubuhkan blog ini bukan semata-mata bertujuan untuk menyertai Pertandingan 
Blog UBK, sebaliknya, kami benar-benar ingin menjadikan para pelawat blog ini sebagai insan yang berguna kepada masyarakat pada masa depan. Oleh itu, kami akan teruskan usaha untuk mencapai misi ini. Harap anda juga tidak lupa terus menyokong kami ya! Ribuan terima kasih diucapkan! :]


Although we did not get any prizes in the competition today, but for us, your support is of the best and most unique gift and recognition. It is so because our desire of establishing this blog is not merely to participate the Blog UBK Competition, in fact, we really want to make sure the visitors of this blog to succeed in the future. Therefore, we will continue our efforts to accomplish this mission. So, please don't forget to support us continuously! Thank you indeed! :]


虽然我们无法在这次的比赛中获得任何奖项,但是对我们来说,您们的支持就是最好的奖品和认同。我们当初开设这个部落格并不只是想参加比赛,最重要的是,我们要确保各位正在阅读此部落格的朋友以后能出人头地。因此,我们会继续努力迈向这个目标。亲爱的朋友,您也别忘了继续为我们加油努力噢!谢谢!:]

Pertandingan Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Kaunselor Muda)

Hai, kawan-kawan, Pertandingan Merekayaksa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telahpun bermula.
Acara pada hari adalah Kaunselor Muda. SMKTD2 juga menghantar seorang PRS untuk menyertai pertandingan tersebut.
Lebih kurang 20 buah sekolah telah menghantar wakil. Semuanya hebat-hebat belaka. Wakil sekolah kami, Khoo Huan Jane juga tidak kurang hebatnya. Tajuk persembahannya ialah Asas-asas Komunikasi. Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau akan mara ke peringkat akhir pertandingan!
Esok, 22/9/2011, semua kategori akan dipertandingkan, antaranya termasuk kaunselor muda peringkat akhir, pembinaan blog, pembinaan facebook, bilik kaunseling dan video korporat. Sekolah kita terlibat dengan pembinaan blog. Harap-harap dapat memenangi hadiah. Kalau tak menang pun tak apa, yang penting, kami telah berjaya membina blog ini dan mengambil bahagian, betul tak?
          Handsome tak si abang ini? Persembahannya amat menarik.
     Apakah yang Huan Jane fikirkan? Nampaknya serious sekali!
      Persembahan PRS sekolah lain memang hebatkan?
    Ini pula giliran Huan Jane : Asas -asas Komunikasi
   Isyarat badan adalah penting dalam menyampai mesej, ok?

Tuesday, 20 September 2011

Aktiviti yang Bakal Dilancarkan

Solat Hajat PMR dan SPM
23-26/9/2011

Majlis Restu Ilmu
30/9/2011

Majlis Hari Terbuka Aidilfitri dan Deepavali
1/10/2011

Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum
1/10/2011

Sunday, 18 September 2011

Hiburan Ketika Belajar

Kehidupan yang hanya berkisar pada buku teks dan kerja rumah memang membosankan. Pelajar yang cemerlang tidak sepatutnya menyempitkan hidupnya dengan dikelilingi oleh lambakan tugasan sekolah dan ulang kaji sahaja. Setiap orang perlu mencari sumber hiburan, termasuklah anda sebagai pelajar. Yang berikut ialah beberapa petua untuk menghiburkan diri sambil belajar.
  1. Menonton televisyen



2. Belajar daripada muzik



3. Bermain untuk berhibur


  

4. Selalu beriadah


  



5. Hiburan dunia luar

   

Friday, 16 September 2011

Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2012

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012 bolehlah membuat permohonan sekarang.



Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.


Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Syarat Khusus

  • Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
  • Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya, sila melayari http://eputra.com/permohonan-sekolah-menengah-teknik-dan-vokasional-2012/.

Selamat Hari Malaysia




Hari Malaysia merupakan hari yang amat bermakna kepada semua rakyat Malaysia. Ia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utata (kini Sabah), Sarawak dan Sinagpura bagi membentuk Malaysia.

Remaja yang merupakan bakal pemimpin bumi gemilang ini harus bersyukur atas kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini. Namun begitu, jangan abaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar untuk memajukan negara kita dengan belajar bersungguh-sungguh, membina jati diri yang kuat, dan menyumbangkan tenaga yang sepenuhnya kepada pembangunan negara. 

DISIPLIN, KUALITI, CEMERLANG

Marilah kita bersama-sama menuju ke arah kegemilangan ini!